Hujung minggu lepas, seorang saudara menelefon saya bertanyakan mengenai
hukum mewarnakan rambut. Saudara saya ini, umurnya awal 30an tetapi,
menurut kata dia, banyak rambut di kepalanya sudah bertukar warna dari
warna hitam ke putih sehingga menimbulkan reaki yg kurang sihat dari
suaminya. Selepas berbual-bual dan mencapai kata sepakat, saya turut
memberitahu dia, bahawa penjagaan rambut agar tidak cepat beruban ini
bermula dari kecil lagi. Walaupun sudah terlambat untuk memulakan amalan
ini, saya rasa, " better late than never". Mulakan juga dari sekarang
:)
Selepas selesai bercakap, saya teringat pada zaman kecil dulu, sekitar
umur 7-12 tahun. Ibu saya selalu berleter dan marah kalau keluar rumah
tidak menyapu minyak rambut. Minyak rambut yg kami guna ialah minyak rambut zam zam. Kena marah, kena leter dan kena tarik kepala oleh ibu
untuk di sapu minyak rambut. Masa itu, tidak tahu apa khasiat dan
kebaikan menyapu minyak rambut. Sebagai anak yg taat pada ibu ( taat
pada suami? huhu), saya akan menurut perintah sahaja.
Amalan ini saya buat hinggalah saya masuk ke kampus. Saya masih ingat
saya seorang sahaja yg pakai minyak rambut di level mahallah yg saya
bermukim. Baunya semerbak membuat kawan2 tahu, yg saya ada di situ.
Pernah saya ditanya, " Jah, bila jah pakai minyak rambut? masa rambut
basah atau kering?" Saya jawab masa basah. Maksudnya selepas di kesat
rambut barulah dilumur dengan minyak. Saya menjadi bahan bualan di
kalangan teman2 sebagai seorang yang suka bubuh minyak rambut.
Pada pemerhatian saya, orang2 muda zaman saya belajar dulu hinggalah
sekarang, tidak gemar bubuh minyak rambut. Busuk lah, berminyak lah,
melekit lah dan sebagainya. Ramai yg suka menyampu rambut sahaja.
ataupun bubuh konsidioner sahaja. Ramai juga yang suka melumur krim,
serum dan sebagainya. Bagi saya, tiada yang sebaik minyak rambut zam
zam. :)
Sehingga sekarang, itulah amalan saya untuk mendapat rambut yang sihat dan kekal hitam.
Terimakasih ma!